10 March 2011, Pulau Tioman Pahang D.M. Pak Usop bersama keluarganya (bukan nama sebenar) telah melancong ke pulau yang cantik. Siapa tak pergi ke pulau tu memang rugi la. Ok lupe pasal kecantikan pulau tersebut. Tapi pulau tu memang cantik. Hahahaha. Sila jangan marah dan ambik hati kepada yang belum pergi. Aktiviti yang best kat sini adalah seperti snorkeling, scuba (kalau ade license), berbasikal, jungle tracking, mandi laut (pun nak cerita) dan banyak lagi la. Air laut jernih umpama kristal, terumbu karang memang banyak kalau kat tepi2 pantai tu.
Nak pergi ke pulau ni ade 2 cara, melalui jalan darat melalui Mersing, Johor kemudian menaiki ferry untuk ke Pulau Tioman. Tu cara yang pertama, cara kedua ni kalau korang sume ada duit lebih la. Korang boleh ambik flight dari Subang dengan menempah tiket dari Berjaya Air. Tiket takde la mahal mana, cuma RM 286 seorang untuk dua hala. Lagi cepat korang sampai kalau naik flight dan nanti korang akan mendarat di Lapangan Terbang Kg. Tekek. Kecik je airport ni, yela kalau besar2 g KLIA la kan. Hahaha.
Sepanjang 3 hari kat Tioman, cuaca kurang memuaskan. Hari pertama hujan, bila dah hujan memang susah la nak buat activity apa2. Hari kedua pun mendung je. Tapi nasib baik la masih dapat snorkeling. Kalau tak mau bunuh diri kesan daripada tak dapat snorkeling. Nak snorkeling kena sewa gogles and life jaket. Kalu reti berenang tak perlu la life jaket. Sewa 1 set (gogles and life jaket=RM15) tapi deposit RM 50.
Terasa jugak nak cycling tapi sebab dah lama tak cycling sewa motor je la. Sewa basikal RM 15 per hour. Hahaha, sewa motor RM 70 per day. Tapi pak usop da “cow-team”, so RM 50 je.Jangan tak tahu pula, kalau nak pergi Tioman ni kena lah bawa duit lebih sikit. Bukan apa, kat sini kalau nak makan kena ade at least RM10 untuk seorang bagi satu sesi makan. Purata makan adalah RM 5 ke atas. Tidak termasuk minuman. Kalau kira total adalah RM 8-9 untuk makanan dan minuman. Tapi tak pe la, kos untuk diorang nak sediakan bahan2 pun mahal so tu yang mahal sedikit dari yang biasa kita makan.
So itulah yang Encik Jerry KOol nak kongsikan pengalaman kedua beliau ke Pulau Tioman, kali pertama masa form 5 dulu. Hahaha. Well enjoy da picture kay. Akhirnya kata selamat rasa jealous ye mase tengok picture2 di bawah. Insyaallah ada duit lebih nak g Kota Kinabalu pulak. Maybe bulan 6 ni nak g survey. Doa2kan la duit tu jadi banyak yaw!. Arigatao.

















waaaaa..jerry update blog! hehe
hahaha…dah lame xupdate…berhabuk2 kemas dari minggu lepas.